Salam sejatera,
terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca ruangan ini.
Kraftangan Manik adalah amat popular di kalangan bangsa Rungus Kudat, Sabah.
Melalui Blog ini saya ingin berkongsi akan hasil kraftangan manik buatan tangan sendiri. Kraftangan manik sangat sesuai dijadikan sebagai aksesori diri seperti rantai leher, gelang tangan dan 'keychain'. Selain dari itu, ia sering digunakan sebagai tanda penghargaan bagi orang-orang tertentu.
Pada masa kini, kraftangan manik merupakan daya tarikan pelancong dari luar negara. Ia amat unik dan hanya ada di Sabah. Sama-sama la kita menyokong buatan tangan bangsa kita.
Sekian sahaja untuk kali ini. Moga kita akan bertemu di ruangan lain.
Terima kasih semua:)